Friday, 19 April 2013

A Brand New Story to Be Written?

assalamualaikum wbt dan haiii pembaca2 tegar! :p

YESSS seperti yg tertera pada title, akan ADA SATU LAGI CERITA yg bakal ditulis oleh tidak lain dan tidak bukan, sy sendiri. :p (macam lah penulis terkenal nk ckp camtu)

mungkin, byk pembaca blog rasa rindu akan cerita yg sy tulis dulu (mungkin!), dan (mungkin) ramai yg telah mempersoalkan tindakan sy meng-cancel-kan cerita itu. sy ada sebab sendiri, dan jgn pandai-pandai nk tanya (hahaha xD) sebab.


BERGEMBIRALAH!

sebabnya? tengok sahaja title di atas, x perlu lagi sy explain dgn lebih lanjut (haha!). judul cerita yg akan saya tulis kali ini ialah "Anti-Cupid", yg mengisahkan seorang jejaka yg agak benci kepada cinta, dan ingin berusaha memutuskan hubungan percintaan insan yg sedang bercinta. akan tetapi, polisinya ialah "Tidak Akan Mengganggu Pasangan Suami Isteri". baik jugak lelaki tu, kan? haha. cara dia memisahkan adalah dgn menghasut, dan juga, kalau perlu, mengambil hati dan meninggalkan setelah berjaya. dia dipertemukan dgn seorg gadis yg bakal mengubah jalan hidupnya yg agak "bahagia" itu. adakah jejaka ini seorang yg baik ataupun tidak? mengapa dia jadi begitu? bagus ke keje dia tu? siapa pula gadis tu? apa yg jadi lepas ni? best ke tak cerita ni? habis ke tak Adzam tulis cerita ni nanti? adajah Adzam akan cancel cerita ni lagi nanti? kenapa tiba-tiba byk sangat soalan ni? yang korang sibuk apasal?

hahahahaha dah,dah. cukuplah.

nantikan sahaja cerita ini. InsyaAllah, jika ada masa terluang saya akan tulis cerita ini dgn menarik dan tidak akan cancel begitu sahaja. cerita ini tidak ada kaitan dgn yg hidup ataupun yg pernah hidup, sekarang tak. bila akan saya tulis? nantikan sahaja, ya. ;)

assalamualaikum & semoga berjumpa lagi :)

No comments:

Post a Comment