so, apa pendapat korang ttg cite crush sy setakat ni? apa? x menarik? xpe la. kalau x menarik, proceed la ke post seterusnya. apa tunggu lagi? xD
okay, kalau lah, andai kata lah korang rasa cite tu perlukan sambungan seperti yg sy jnjikan, sila jgn malu jgn segan baca lah sambunganny:
CHAPTER IV : LOST DAN BERSAMBUNG.
sekarang, aku dh pendekkan lg cite sampailah aku yg sdg study di UiTM Sarawak (bkn nama institusi sebenar ye). aku skrg dh secara rasminya menjadi freshie dlm fakulti, juga freshie dlm kampus tersebut. mcm biasa je, kepala ingat nk enjoy x nk study.
pada suatu hari yg agak rawak, di mana aku tengah berlegar-legar di ruang legar bersama classmateku. utk makluman, masa tu xde kelas sbb tu mcm free sgt. tnpa membuang masa, handset aku memberitahuku bahawasanya ada secebis SMS telah memasuki ruang peti masuk. bila aku check, unknown number pulak. so tnpa segan silu lagi terus aku membuka dan membacanya. "Adzam ke ni?" demikianlah SMS itu berbunyi (walhal xde bunyi pun). aku dlm kehairanan terus membalas, "yup. yg bertanya ni sapa pulak?" hantar. satu SMS masuk lg, "Ya Allah! Adzammm! Iz ni. lama x dgr cite! :D" aku terkesima. pada masa tu hanya Tuhan yg tahu apa perasaan aku. aku sendiri pun x pasti apa yg aku rasa. nak kata gembira, memang. terkejut? sudah pasti. yg aku tau, semua bercampur aduk dh.
Iz menceritakan camner dia blh lost contact dgn aku. pernah sekali dulu dia hilang kad sim yg aku hadiahkan tu. nasib baik dpt contact balik. lepas tu, nombor baru dia hilang sekaligus dgn handset dia masa 1st week dkt kampus (dia sambung belajar kat tempat lain tp still kat sarawak). kesian pulak aku dgr dia tanya byk kwn2 dia sama ada masih simpan nombor telefon aku ke x. last-last jumpa jugak. syukurrrr.
mcm biasa, hampir setiap mlm aku dgn Iz akan berkongsi cite. sampailah suatu hari aku mengajaknya keluar menonton wayang di pawagam MBO di The Spring (bukan nama shopping complex sebenar). bukan sekali ini je aku ajak. dulu pn pernah jgk keluar sama. tgk wayang jgk. mcm biasa, dia setuju.
CHAPTER V : THE NECKLACE.
seperti yg dijanjikan, aku dan Iz berjumpa di The Spring. aku dtg dgn menaiki "kuda beroda dua berkuasa 110cc" dan Iz pula dihantar bapaknya. nak dipanjangkan cite, bapak Iz dgn bapak aku ni berkawan, dan bapak Iz tu blh dikatakan bos kpd mak aku pulak. bapak Iz kenal jugakla dgn aku. bapak dia mcm sporting jgk la aku tgk, tp x tau la kalau yg ada berkaitan dgn anak dara dia tu. dipendekkan cite, bapak dgn mak Iz pernah tgk aku la.
sambung cite. sementara menunggu waktu cerita ditayangkan, kami berdua berjalan di dalam shopping complex tersebut. lalu sampailah ke sebuah kedai aksesori utk wanita. walaupun aku rasa kekok utk masuk ke dlm kedai itu sbb pekerjanya dh tgk aku lain mcm je, aku masuk jgk sbb apa? sendiri fahamlah.
dlm kedai, Iz berjln ke tempat rantai dan gelang. belek punya belek, dia tunjukkan aku seutas necklace ni, dan tanya, "cantik x?" hish budak ni. ada ke patut tanya aku hal brgw pompuan. aku mana tau. tp dsbbkn nk mnjg hati, aku ckp je la cantik. seikhlas hati pulak tu. eh, ikhlas ke? masa tu dia masih teragak-agak hendak membelinya kerana takut pulak duit habis. dia tanya lg pndapat aku. aku ckp mcm ni je la, "x perlu je la. nanti habis pulak duit, bising pulak mak kau nanti." dia pun terus bersetuju, meletakkan kembali necklace itu ke asalnya.
keesokan harinya, aku merasakan diri aku ini terlalu sgt free, so aku pun mengambil keputusan utk pergi keluar bersiar-siar dgn menaiki "kuda beroda dua berkuasa 110cc" ku. di atas jln, aku teringatkan peristiwa semalam. necklace. ya. necklace itu. tersenyum aku sendirian. lalu aku membawa diriku ke tempat semalam, The Spring.
pergi lagi aku ke dlm kedai itu, dihiasi wajah kosong, selamba, mengharungi wajah2 pekerja2 yg tersenyum agak sedikit sinis, melihat seorang jejaka memasuki kedai alat hiasan wanita. malu aku, aku tepiskan demi untuk siapa lagi? sendiri fahamlah. dicapaiku necklace semalam, hanya tggl seutas. aku ingt lg bentuk dan design necklace itu walaupun ingatanku x kuat. kubawa benda itu ke kaunter. sekali lg pekerja itu melemparkan senyuman penuh maksud yg aku tahu tidaklah baik. aku pula? hanya membayar harga necklace tersebut dgn wajah yg tersenyum tanpa rasa bersalah. terus aku keluar seusai membayar, lalu menunggang "kuda" balik ke rumah.
sesampainya d rumah, terus aku mencapai handsetku dan menghantar 1 SMS kpd Iz. "aku pg Spring td. necklace tu dh dbeli org," bohongku. "ehh betul ke? itu lah kan smlm aku nk beli kau pulak yg x suruh :( " balasnya. aku hanya tersenyum sendirian. aku tahu Iz bkn kecik hati or merajuk betul-betul. memang saja je nk main-main. aku mengajaknya keluar bersama bila dia free lg nanti. dia bersetuju, tp blm pasti bila.
PART VI : HARI JADI
peristiwa necklace td berlaku pd tahun 2010, di mana skrg pula akan aku ceritakan pd tahun 2011. semenjak hari itu sehinggalah ke awal tahun, masih belum lg tercapai hasrat aku utk keluar bersama Iz. dan itu juga bererti, belum lg aku menghadiahkan necklace itu.
aku dan Iz x selalu texting. cuma kdg-kdg shj kerana dia selalu sibuk dgn revision dan assignmentnya. aku? mencuri masa dgn membuat segalanya last minute (adik-adik, jgn lakukan aksi ini di rumah mahupun di sekolah. melainkan sudah masuk U). dia juga x selalu keluar sbb tiada yg dpt menghantarnya. lesen memandu jg belum ada.
semakin lama, semakin aku dan Iz jarang berhubung. lebih-lebih lg ketika musim final exam. kalau aku lah yg dh jrg text, apatah lg dia. cuti semester pn sekejap, tup-tup dh mula semester baru. cuti pn belum sempat ambik feel dh ngadap buku balik.
dipendekkan cite, aku dlm sedar x sedar dh masuk semester 4. dh tua rupanya aku ni. patutla x sedar diri. aku mls nk cite apa yg berlaku semasa aku semester 3 dan 2 sbb masa tu aku jrg sgt contact Iz. dia yg busy, aku ni pulak busy masa-masa tertentu je. tu pun x byk. selalunya menyibukkan diri dgn tgk anime dan drama Korea. okey, berbalik kpd cite aku. ada lah suatu hari tu, genap 20 umur yg disebut. aku masih ingt, sentisa akan ingt kerana tarikhnya tidak jauh beza dr tarikh hari lahirku, nombor yg sama cuma lain susunan. jd, aku mengambil keputusan muktamad utk menelefon Iz. malangnya, sampai 5 kali cubaan masih tiada jwpn. aku terfikir, busy kot. jd aku tinggalkan satu SMS panjang sepanjang cerpen kpd Iz. dlm lebih krg 5 minit kemudian, ada satu SMS yg masuk. Iz.
"Adzammmm! sorry aku dh bagi number ni kat adik aku. skrg ni aku pakai number DiGi. nanti aku bagi kat kau okay? btw thanks 4 the wish! aku ingt kau dh lupa :D"
agak terharu aku membaca setiap aksara yg terkandung. tersenyum aku sendirian. baru aku tahu mengapa ada segelintir masyarakat bila tgk handset terus senyum. aku dh terjebak dgn wabak ini. dgn sepantas kilat aku menaip dan membalas SMS tersebut dgn hati berbunga. aku tidak lupa meminta nombor DiGi Iz. bukan main lg gembira aku. tidak pula aku menyangka akan terjadi sesuatu yg akan mengubah segalanya selepas ini.
ingin tahu kisah selanjutnya? bersabarlah wahai pembaca-pembacaku yg setia menanti. insyaallah berjumpa lagi nanti. assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment