Monday, 19 November 2012

Let Me Share You Something About My Crush (LOL!) part 3

assalamualaikum! n haiiiii semuaaaa! :D
ya..maaf krn dh buat anda semua menanti dan menunggu sekian lama. hari2 yg lepas sy terrrrrlalu busy sbb final  exam. sorry ye! skrg  ni dh bebas exam buat sebulan sbb semester break, sy nk update byk2 la, bg korang baca smpai muntah. (hahaha! xD)

back by popular demand (popular ke? entah!), sy ambek je la keputusan tuk sambung cite ni. amboi, senyap je?  tepuklah sikit! (takdela, gurau je.) nah sambunglah membaca:


PART V : SMS YANG PENUH HARAPAN

kdg2 aku ada jugak hantar SMS kat Iz. tp tu pun sikit je. adalah satu hari tu, Iz menghantar SMS yg berbunyi: "sorry aku xdpt nk SMS kau selalu. skrg ni aku tgh praktikal, balik rumah je penat, terus tido. kdg2 x mkn terus. kalau weekend, aku x layan henpon sgt. sorry okay?" aku yg habis membaca semua aksara-aksara yg tertera di atas skrin handset aku tu rasa...umm...entahlah. nk kata gembira sbb dia yg SMS, ada jugak. nk kata  sedih, pun ada. yg pasti, aku senyum sambil menggelengkan kepala dan terus laju
menaip di atas skrin sesentuh handsetku.

"oh xpa, aku paham. aku ni pun bknnya free sgt pun. haha"

hantar. x lama kemudian, ada SMS masuk lg.

"haha. nanti lepas aku habis praktikal kita keluar sama okay? :) "

alamak. dia pulak yg ajak aku keluar. senyum sendiri lagi beb! adoi. kalau dh kemaruk ni ada pelik sikit perangai org, kan?


"oraittt. janji okay? :D"

"okay :) mak aku dh panggil tu. nanti kalau ada masa free aku SMS kau. haha. tata. "

"haha. okay2. tata :D "

aku letak handset aku ke tepi. sambil berbaring di atas katil, aku hanya tersenyum sendirian. x pernah-pernah pulak dia yg ajak aku keluar. kalau dulu aku je yg ajak. tu pun kdg2 xdpt. dgn penuh kesabaran, aku melewati hari-hari kampusku tanpa SMS dr Iz, dgn kepala yg hanya fikirkan ttg Final Examination. Sabar aku menanti habisnya exam, sabar aku menanti cuti semester, sabar aku menunggu Iz menghabiskan praktikalnya, sabar aku menanti saat aku dpt bertemu dgnnya setelah sekian lama.

aku pada semester ini memang agak sukar utk buat ulangkaji. fokusku dlm kelas entah ke mana, nota pulak para classmate x ckp pun diorang ada. yg ada pulak main simpan sendiri. aku ni mana lah reti nk cari nota rujukan kat library. satu buku tebal, berapa page je yg berguna. kalau nk tanya kawan-kawan, diorang duduk hostel. aku? x dpt hostel, sewa apartment je la. lagipun, hostel dgn apartment tu bukannya dekat. jauh sangat-sangat. x lah mcm jarak satu negeri ke satu negeri lain, cuma masalah transport je. nk jln kaki, aku rasa sampai bilik kwn je dh jd ikan keluar air kot. kalau dh mcm tu, memang susah la nk belajar.


PART VI : HILANG LAGI!

Akhirnya. masa yg aku tunggu-tunggu telah tiba. apa tu? Of course lah tarikh tamatnya exam, di mana bermulanya cuti semester yg aku tunggu-tunggu dr hari aku terima SMS yg penuh harapan tu. Okeylah, maybe sekarang dia belum habis lg praktikal. maklumlah, IPT aku dgn Iz mana sama waktu cuti. So, mungkin aku akan tunggu sebulan lg kot. Haha.

Tunggu kejap.

Iz x pernah pun ckp kat aku bila dia habis praktikal. Bila pula tarikhnya x pula aku tahu. Korang tahu x? Apa? Tak? Oh xpala kalau x tahu. Agak-agak apa yg patut aku lakukan ek? Hmm..nak x nak, tanya je la. X perlu la dia balas terus. Asal dia rasa nk balas, dia akan balas. Kira okeylah tu kan. Pantas dicapai handset aku, membuka applikasi Text Messages, menekan segala butang-butang maya yg hanya akan dpt dirasa bila skrin disentuh. Dah nama  pun skrin sesentuh, takkan diraba pulak. Kalau yg diraba tu, "skrin reraba" namanya. Eh, apa pulak yg aku merapu ni.

"Iz~ bila kau abes praktikal?"

Butang hantar ditekan. Lama aku menanti, masih tiada delivery report. Takpela, mungkin line agak babun sikit masa ni kot. Atau, handset budak tu "bateri rendah" ataupun lebih mesra dipanggil low battery. Biarkan je la, nk buat apa kan? Tunggu SMS tu delivered je la lg. Nanti-nanti adalah dia reply, ye tak?
Keesokan harinya, aku masih x terlayan sgt handset aku tu. Layan online je. Facebook, Twitter, blog, dan apa-apa website yg menggerak naluri minat aku. Nama pun cuti, masa relax la. Takkan la aku ni rajin sgt nk study masa cuti. Aku ni dh sedia ada x rajin kalau tiba-tiba rajin pada masa yg x kena, memang nampak sgt la buang tebiat.

PING!!!

Uik. Biar betul ni? Ada SMS masuk? Sepantas kulat tumbuh di pohon reput, aku mencapai dan membuka peti masuk SMS dlm handset aku.

"RM0.00 : Ingin tonton video saya yg asyik lagi menarik aku lah Da Bomb? Hantar ON YEYEHH ke 38548 sekarang. RM2/SMS"

Hampeh. Buat aku naik angin je. Buang masa dan memberi harapan palsu. Cis! Aku melempar handset aku ke tepi (sebenarnya atas katil je, ada tilam. Kalau atas lantai or meja jgn harap la!), dan sambung lagi "kerja" aku tadi.

PING LAGI!!!.


Amboi. Boleh pulak ringtone SMS aku ada tambahan. Patutlah dinamakan smartphone. Nama je smart, tp bateri cam stupid. Nak baca ke x? Nak baca ke x? Hmmmmm....ye la, ye la. Aku baca je la. Handset aku dicapai semula. Peti masuk dibuka.

"Message not delivered"

Eh, kejap. Apa?

"NOT DELIVERED LAH"

Terbeliak kedua-dua biji mata aku membaca notifikasi itu. Harapan kira tinggi menggunung. Ingatkan ada SMS balas dr Iz yg masuk, boleh-boleh pulak notifikasi mengecewakan itu yg masuk. Kecewa? Takyah mention, tu dr td aku dh sebut. Aku rasa maybe budak tu belum habis lg praktikal. Takpe lah kan? Tunggu je la sampai suatu hari nanti dia SMS aku. Sabar bro, sabar. Sabar tu kan sebahagian dr Sabariah. Eh, terlawak pulak. Tak jugak lawak.


PART VII : SEPI TANPA BERITA

Hari. Terakhir. Cuti. Berita? Takde. Handset? Nak kata sunyi, tak jugak. Ada la masuk 2,3 SMS yg merasakan diri dia hot sgt tu. Dr yg dtunggu-tunggu? Yes. TAK ADA. Haiii...nampaknya takde jodoh kot dgn budak tu. Takpela, takdir jgn dilawan. Ada hikmahnya.
Suatu hari, aku cuba hendak me-renew-kan kad sim aku, disebabkan cip nya yg sudah berkarat dan agak sukar utk dibaca oleh sesetengah handset. Sesampainya aku di Celcom Centre, aku menyatakan hasrat aku utk memperbaharui kad sim aku. Per..err..perunding khidmat,err..per..err..ahh, pekerja lah. Pekerja itu memberitahuku bahawa kad sim aku sudah boleh dikira meninggal kerana sudah lepas 3 bln aku x topup. Dgn keterperanjatan, aku bertanya sama ada blh ke sim aku itu dihidupkan semula. Pekerja itu td menyatakan bahawa memang blh, dgn caj sebanyak RM30. Mak aii. X mcm mahal pulak. Aku membelek walletku. Disajikan mataku dgn suasana walletku yg tggl RM13. Nak mntak diskaun setengah harga pun x ada guna bro. Aku hnya mmpu mengucapkan terima kasih kerana sudi membuang masa bersamaku lantas pekerja itu td juga hnya mmpu tersenyum dan memulangkan kad sim aku itu td. Dgn kekecewaan, aku berlalu pergi seakan-akan seorg player Ngap Sayot yg cuba utk skor namun sebaliknya bola tersasar pd tiang gol pula.

Sambil menaiki kuda biru beroda dua ku, aku melayangkan fikiranku pd tragedi yg menimpa kad sim ku. Patutkah aku memperbaharui shj nombor ku itu? Atau patutkah aku beli shj nombor baru? Jika aku memperbaharui nombor ku itu, tentu shj aku x akan lost contact dgn rakan-rakan lama. Tapi, kalau beli baru, dpt pilih nombor baru dan jimat pula tu. RM30 ke RM10? Well, status kewangan x mengizinkan, lagipun apa la gunanya laman MukaBuku ye x? Ha ha ha..evil sungguh plan aku ye. Dgn pegangan pendapat itu td, maka singgahlah aku ke kedai telefon dan membeli kad sim baru.

Setelah kad sim itu diaktifkan, bermulalah operasi memberitahu rakan2 yg bkaitan shj ttg kehadiran nombor baru dan pemergian yg lama. Ingin aku memberitahu Iz, tp aku dh x tahu mcm mana hendak contact budak tu lg. Asyik-asyik lost contact. Agak-agaknya dpt ke x aku cntact balik ek?


Dannnn. Perkara paling favret korang berlaku. Apa tu? Cite ni berrrrsambung lagi. Sorry kalau pnjang sgt dan progress cite ni agk mengecewakan ye. Warning awl. Haha. Semoga berjumpa lg d part 4 insyaallah! Assalamualaikum. :D

1 comment:

  1. ehem, I was wondering who she is, kinda interesting to read your post, KLMJ ngan kolej jadinya..^----^

    ReplyDelete