Assalamualaikum wbt & salam sejahtera wahai pembaca2 setia! xD
okey2,1st skali sy nk mntak maap kat korang sbb dh lama gilerrrr menghilang tnpa ada berita. (berbulan tuu!)
kali ni, sy nk kongsi sikit pasal crush sy. dibuat dlm bentuk cerpen sbb pnjg sgt cite. nak baca? klau x nak, bukak post lain. haha!
CHAPTER I : BOLEH BERKENALAN?
so aku kenal budak pompuan sorg ni masa tgh sekolah kat Kuching, Sarawak, masa aku baru sj pindah ke sekolah itu semasa form 2. sekelas, 1st pandang terus jatuh suka beb! (love at first sight la sangat!) dan aku pun terus la tanya member nama dia. member aku tu ckp nama dia N (bkn nama sebenar).
okey. aku menaruh hati pd budak tu, kira dh mcm2 cara aku try nk approach tp x jugak dpt respons positif. tup-tup dgr rupa-rupanya dia dh ada boyfren. pulakkkkk. kira frust la aku masa tu. nak kata menonggeng x jugak,sbb aku jln lurus, berdiri pun tegak, baring pun flat. kira hati hancur tp muka standard la.
suatu hari, aku pg kelas member aku, D (bkn nama sebenar jugak) dan duduk lepak2 bukak cite org bujang. tiba2 pulak aku tgk si N td masuk ke kelas yg sama, pg kat member dia jugak, aku tgk budak tu dr jauh, pastu tnya D siapa pulak nama member si N tu. Iz namanya (pun bkn nama sebenar). aku mcm penah tgk je. oh ye kan, selalu jugak ar tgk si N dgn si Iz tu lepak jln2 sama, pg dewan mkn sama2.
dipendekkan cite, ada lah masa satu prep malam (mcm sesi ulangkaji sendiri di waktu mlm, khas utk bdk2 hostel) D ajak aku pg kelas prep bdk2 pompuan form 3 (masa ni kitorang dh form 3 semua) sbb dia nk pnjam buku dr kwn dia. bila dh sampai, aku tertengok lah si Iz tu td, tiba2 pandai pulak terkeluar dr mulut aku "Iz ada boyfren x?" dan masalahnya, aku terrrrtanya soalan tu kat D. so apa lagi, siap budak D tu terus buat soal siasat kat luar kelas prep tu jgk, tnya sama ada aku suka kat Iz x. wei, takkanla aku nak mengaku kot. xda rasa pape pun masa tu. tiba2 lagi, D ckp kat aku, "aku bgtau kat Iz yg ko suke kat dia," aku ingt dia main-main so aku jwb la, "ckp la kalau berani," terus D jwb balik, "okey, ko cabar aku." apalagi si D terus panggil si Iz keluar sekejap dr kelas dan bagitau kat Iz, "Adzam ckp dia suke kat ko,"
tak ke gila keje bdk D tu. masa tu habis merah padam muka aku dgn Iz. Iz dgn aku tengok muka masing-masing, tp terus masuk kelas balik. aku masih ingt masa tu, lepas je D ckp benda yg x (berapa nak) betul sgt tu, Iz terkejut dan berkata., "hah?!" boleh x korang bayangkan situasi tu camne? adoi gila betul la. yg aku tau, aku dgn D balik ke kelas prep sendiri lepas tu. sepanjang perjalan aku memaki hamun si D, tp boleh pulak dia gelak.
habis kelas prep, aku terus je carik Iz dkt dewan makan, panggil dia keluar sekejap. aku mintak maaf la sbb hal td. pd mulanya dia mcm nak x nak je aku panggil keluar tp last2 dia menurut jgk. kalau korang nak tau, aku x cakap pn yg D buat-buat cite yg aku suke kat Iz, sbb aku serba slh takut Iz kecik hati pulak aku main-mainkan perasaan dia. so nak x nak, aku dgr je la kata-kata rejection (nasib baik x terasa sgt) dr mulut Iz. dia ckp dia x nak couple sbb nk fokus dgn study. al-maklumlah, PMR kan dh dkt. tp, dia ckp kalau nk bkawan blh. mulai hr tu, aku dgn Iz secara x sengajanya blh berkawan.
CHAPTER II : PERASAAN
standard la kata org sekarang ni, kalau laki dan pompuan lama2 berkenalan berkemungkinan ada perasaan romantis yg akan tiba2 berputik dlm sanubari (dlm kes ni,aku tau aku dh kene. x tau pihak lain camne).
so zaman aku form 3 dulu, x berapa byk org yg pakai handset (ye ke? aku pun x berapa ingat dh). so antara org2 yg xda handset tu termasuklah Iz. masa tu, aku dgr trend org mana ada pakai surat, mesti nak pakai texting2. memandangkan aku ada handset, dan ada lagi sebijik handset kat rumah (jgn slh faham, handset murah je yg aku pakai masa tu), dannnn kebetulan pulak hari ulang tahun kelahiran Iz.
aku jnji kat bdk tu yg aku akan beli something buat present kat dia. biarpun dia ckp x payah susah2, aku tetap jugak nk susahkan diri. aku mintak kebenaran warden utk keluar ke pasar waktu hujung minggu, dan aku pergi kedai telefon, beli sebijik simcard. bak kata orang, sanggup. bak kata org sarawak, berkareh.
malam tu, aku bagitau yg aku nk jumpa masa prep. bla jumpa, aku bagi la sim tu td dan ucap "Selamat Birthday". lepas tu, aku bg dia pinjam handset spare aku tu. aku ckp kat dia yg aku nk texting sbb susah nk ckp2 sbb jarang dpt jumpa, lagipun ada sj yg dtg mengacau nanti. (kalau kene tangkap warden confirm sgt kene gantung)
dari situlah, kami berdua texting dan berkongsi cite. masa tu, setiap apa yg kami bualkan, x kira bual2 kosong ataupun cite2, aku rasa mcm best sesangat. dari situlah, perasaan aku terhadap N pudar sedikit demi sedikit. tapi, aku x dpt nk texting dgn Iz selalu sgt sbb masing2 kene faham yg form 3 ada PMR.
dikontotkan cite, habis PMR, Iz bagitau yg dia akan berpindah sekolah sbb bapak dia yg suruh. lagipun, dkt dgn rumah so senang nak hantar jemput. betapa alangkahnya sakitnyalah rasa pedihlahlahlah hati ini, betapa inginnya diri menghalang, aku terpaksa jugak redha dgn keputusan itu. siapalah aku ini hendak menghalang keputusan Iz, mahupun bapaknya. aku masih enggan menyatakan apa yg terbuku dalam hati, kerana takut kene reject lagi nanti. x juga aku ingin rushing. tp aku masih blh bercontact dgn Iz melalui talian telefon. oh ya, dia telah memulangkan handset aku sbb dh beli sendiri. dan dgn itu, Iz berpindah sekolah.
CHAPTER III : ADAKAH PERLU AKU MULAKAN HIDUP BARU?
masa form 4 dan form 5, semakin aku jarang menghubungi Iz kerana dia seakan sibuk dgn pembelajarannya, dan aku pulak sibuk dgn aktiviti di sekolah. akibat jarang berhubung, aku telah mencuba utk memadam perasaanku terhadap Iz kerana mungkin tiada harapan bagiku untuk dirinya. kebetulan juga aku tidak mempercayai hubungan jarak jauh, menyebabkan aku terlibat dgn seorg bdk yg baru mendaftar di sekolah itu semasa kami sama2 form 5. dia ditempatkan di kelas budak2 cerdik pandai sedangkan aku di kelas budak2 yg cerdik, tp bukan ke arah akademik sgt.
aku dpt kenal bdk tu sbb ada suatu hari tu aku tgk dia berjalan sama dgn sekumpulan rakan2 pompuan ku yg berada di kelas cerdik pandai itu. semasa mereka menyapaku yg sedang chill di perkarangan sekolah, aku pun terus mengambil kesempatan itu utk "mengeratkan silaturrahim" dgn budak baru itu. aku dpt tahu nama dia A (bkn nama real) dan dtg dr Limbang, Sarawak.
setiap pagi, aku akan sengaja dtg awal dr hostel ke kelas,dan menuju ke kelas A, semata-mata hendak berjumpa dan mengadakan conversation dgnnya. dipendekkan cite, aku mntak nombor telefon dia dan mulai hari itu aku dan A sering sj texting.
ada lah suatu hari yg x berapa indah, A tanya aku soalan cepumas, "gf awk x marah ke sy text awk?" aku mana ada awek. memang best la kalau kene tanya soalan mcm ni. "sy xde gf la. yg awk tu, bf x marah pulak?" tanya aku selamba. tp, blh pulak dia jwb, "x. dia pn text pompuan lain sbb tu sy rasa dia xkan marah," pulak dah. amboi. sekejap lagi mampos aku ni sbb kacau awek org. tp yg aku hairan, dgr bunyi mcm "rumahtangga" yg nak runtuh je. tapi tapi tapi, still dia awek org, so aku terpaksa batalkan niat "suci" aku nk tackle bdk ni. dgn itu, mood aku nk tackle pn semakin hilang tp still layan je la..
suatu lagi hari, tba2 si A bgtau kat aku yg dia dh putus dgn boyfren dia. aku tanya sapa yg mntak, dia ckp dia sendiri. alamak alamak alamakkk. ni mesti kes aku slh ckp, terus jd hasutan supaya dia putuskan sj. aku nk pendekkan lg cite, aku dgn A texting la mcm selalu, tp aku mcm dh hilang minat x tau apa punca. maybe sbb dulu, aku dpt tau dia ada boyfren kot terus hilang mood. ada suatu hari ni, ada classmate aku yg kira kamceng jugak la dgn bdk2 kelas pandai tu, ckp kat aku mcm ni: "Zam, ada budak kelas 5A (kelas pandai tu la) suka kat ko." aku mcm tau je trick ni. "siapa? A ke?" dugaku. "mana aku tau," kata classmate ku itu dgn senyuman penuh makna sambil berlalu pergi. aku dh dpt agak dh siapa yg dimaksudkan classmate ku itu. adoi. camne laaa aku nak lari dari situasi yg aku sendiri ciptakan ni.
cite jd pendek. habis SPM, aku ditawarkan secara paksanya ke Kem PLKN. pg semenanjung pulak tu. aku mana penah terbayang nk pergi sana selama satu tempoh yg agk panjang (3 bln tu kira pnjang la). ok, so masa tu aku masih jgk berhubung dgn A. tp malangnya, Iz gagal dihubungi. sms x delivered, call terus sambung voicemail. bkn sekali dua je aku cuba tp dh berkali2. kira dh lost contact dh ni. nk ckp sedih tu, umm...x tau jgk la. x berapa pasti.
pendek lagi. begitu sahaja aku meninggalkan bumi sarawak tanah tumpah darah segala. juga dgn (sengaja kot) aku meninggalkan A mentah-mentah dgn alasan x blh nk cntact lg sbb PLKN.
aku mls nk cite kisah aku di PLKN dan apa yg berlaku selepas aku tamat latihan. nantikan sambungan di "Let Me Share You Something About My Crush (LOL) part 2" di post yg akan mendatang. Assalamualaikum dan semoga berjumpa lagiiii. :)
No comments:
Post a Comment